Sabtu, 25 September 2010

Pengiraan stock buku


Di bulan ini, kerja-kerja pengiraan stok buku dan lain-lain keperluan sekolah dikira dan dianalisa. Bukannya mudah, ketelitian dan ketepatan pengiraan amat penting.


Nombor yang timbul, bukannya nombor puluh-puluh tp semuanya angka ratus dan
ribu sahaja. Kesilapan pengiraan akan menjejas kelancaran penjualan buku tahun hadapan.


Selasa, 21 September 2010

Selamat Berjaya - UPSR 2010

Hari pertama ujian peperiksaan UPSR dijalankan.

Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, calon2 UPSR SK BSB disajikan dengan sarapan pagi yg ringkas tp berkhasiat oleh pehak sekolah di dewan kantin.

Seterusnya, taklimat ringkas, kata2 semangat dan doa dibacakan. Semuga semua calon2 kami tenang, terang hati ketika menjawap semua soalan.

Kami semua disini, akan sentiasa menitipkan doa agar kalian semua berjaya dengan cemerlang...

Sabtu, 4 September 2010

"..Apabila kertas Peraduan Mewarna mula digantung.."


Semua kertas peraduan mewarna yang telah siap dihantar akan dipamirkan didinding bahagian dalam kedai buku. Pendek kata, dinding bahagian ni kalau tak dicat pun takper. Sebab setiap tahun secara automatik akan berubah kaler dan coraknya...


Inilah sebahagian gelagat murid-murid, apabila kertas mereka mula digantung. Siapa tak bangga dan seronok melihat hasil tangan sendiri terpampang disitu. Rugilah yang siapa yang tak masuk.. yang belum hantar, cepat-cepat hantar...

" Tu..tu saya punya. Tak nampak pun. Bukaklah mata tu besor-besor...macamana nak bukak mata besor-besor dah memang mata aku sepet.... ha, ha.."

" No. 2 dari atas tu, aku punya, cantik tak..."

" Yang tu aku punya... yang tu pulak aku punya.."


Bukan senang nak gantung kertas-kertas peraduan mewarna ini, tengok tu pakcik Aziz siap panjat tangga lagi. Dah macam spiderman jer .. tp takper uncle Aziz ni dah expert bab panjat memanjat ini. Pakcik ini memang selalu bantu kedai buku. Terima kasih banyak uncle Aziz...