Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Jumaat, 18 November 2011

TAHNIAH....

Keputusan UPSR 2011 telah diumumkan pada 17 Nov, 2011. Alhamdulillah, seramai 25 org pelajar telah mendapat 5A.

Dap..dip...dup... pelajar-pelajar dan ibubapa/penjaga sedang menunggu keputusan diumunkan...

Tuan Guru Besar, En Hasim b Saleh memberi
sepatah dua kata sebelum keputusan rasmi diumumkan.

Keputusan rasmi penuh diumumkan
oleh Puan Sabariah bt Hj Salleh, GPK 1.
Keputusannya, 25 pelajar mendapat 5A dan 20 pelajar 4A 1B.

Tahniah untuk semua.
Pada yang kurang cemerlang, jangan putus asa, teruskan usha..

Atas kecemerlangan itu, kedai buku SK BSB telah menghadiahkan
1 set alat tulis pada setiap pelajar yang mendapat 5 dan 4A.
Hadiah-hadiah lain juga turut diberi oleh pehak sekolah dan PIBG.






HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN
GRADUASI MURID-MURID PRA - 17 NOV,2011

Persembahan menarik pelajar-pelajar

Antara pelajar yang menerima Anugerah Cemerlang

Menyediakan hadiah 50 set hadiah untuk murid-murid Pra Sekolah SK BSB

Hadiah untuk Graduasi murid-murid Pra dari kedai buku SK BSB

Murid-murid Pra sewaktu menunggu untuk naik ke pentas
Comellll....
TAHNIAH...


JAMUAN AKHIR TAHUN BAKES
dan LAWATAN KE KRAFTANGAN MALAYSIA
19 Nov, 2011

Di hadapan pintu masuk kraftangan Malaysia, KL

Bergambar beramai-ramai selepas jamuan
di Restoren Melayu, KL






Foto ihsan,
Pss SKBSB
( Hr Anugerah & Jamuan BAKES)


Khamis, 2 Jun 2011

Jualan T/Shirt Sukan SK BSB 2011

Jualan T/Shirt Sukan SK BSB untuk tahun 2011, mula di jual dikedaibuku bermula pada 24 Mei, 2011. Insya Allah, sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 26 Jun, 2011. Pada tahun ini, selain corak baju, nama rumah-rumah sukan juga telah ditukar;

Rumah Merah - Panglima
Rumah Kuning - Laksamana
Rumah Hijau - Hulubalang
Rumah Biru - Bentara
Rumah Ungu - Temenggung

T/shirt merah jambu - Pra sekolah
T/shirt Oren - Kelas PPKI


T/Shirt sukan di pamerkan dikedaibuku,
untuk memudahkan pembeli melihat dan memilih yang sesuai untuk mereka.

Lengan pendek untuk murid lelaki
Lengan panjang untuk murid perempuan

Sebahagian stok t/shirt sukan dikedaibuku

Murid-murid sedang melihat t/shirt sukan dikedaibuku

Murid-murid mula membeli t/shirt sukan

Sebahagian ibubapa dan penjaga yang datang sendiri
untuk membeli t/shirt sukan untuk anak-anak mereka



Pada semua pengunjung dan pembeli,
kedaibuku SK BSB mengucapkan jutaan Terima Kasih..


Isnin, 17 Januari 2011

Percutian dan Rekreasi Melaka 2011

15 & 16 January 2011 - Sekali kali Pustaka ADAR melakar sejarah, membawa seluruh kakitangannya beserta keluarga masing-masing bercuti serta berekreasi. Kali ini lokasi yang dipilih ialah Melaka. Tujuan program ini, sebagai tanda terima kasih Pustaka ADAR kepada seluruh kakitangannya disamping mengeratkan lagi silaturrahim antara pekerja dan pehak pengurusan.

Pelepasan peserta dilakukan oleh YB Tn Isa Kassim, ADUN Btg Kali di Plaza Tol Bkt Beruntung. Tepat jam 8.45 pagi, peserta bertolak ke Melaka dengan menaiki bas yang disewa khas. Menaiki bas juga memberi satu pengalaman yang menarik.

Singgah sebentar di R & R Seremban untuk bersarapan pagi

Tiba di bandar Melaka sekitar jam 11.00 pagi. Perhentian pertama ialah Muzium Samudera. Aktiviti pertama pula - River Cruise. Walaupun hanya 45 minit pelayaran, tapi ada yang dah pening-pening lalat. Melayari sungai Melaka ini memberi pengalaman baru. Pelbagai pemandangan menarik dan aktiviti masyarakat Melaka dapat kita lihat seperti perkampungan Mortem, panggung wayang lama, jeti lama, pokok kayu bakau dan lain-lain lagi.

Menikmati panorama sambil menyusuri sungai Melaka. Memang mengasyikkan...

Replika Pahlawan Melayu Hang Tuah antara yang terdapat di dalam Muzium Kapal Portugis. Lain-lain menarik ialah mata wang lama, peralatan dan bilik-bilik khas di dalam kapal. Namun yang paling menyentuh hati saya ialah bilik tahanan.

Landskap dan pemandangan yang menarik dipersekitaran Muzium Samudera

8.00pm - Majlis Makan Malam di Dewan Hang Tuah. Di majlis ini, turut menyampai cenderamata dan penghargaan kepada pekerja-pekerja, Anugerah Cemerlang UPSR dan PMR serta cabutan bertuah.

Tetamu Kehormat Mejar Zaharin, Timb Presiden Dewan Perniagaan BTM

Team Slide Show, SK BSB. Haziq, Faez dan Nadiah. Tahniah and jasamu akan dikenang

Hari ke 2 - Selepas bersarapan pagi, menuju ke Replika Kapal Portugis untuk sessi bergambar. Thank you, En Syamsul kerana sudi menjadi photografer kami.

Melawat ke A Famosa

Pemandangan menarik dari atas bukit St Paul

Mendaki dan menuruni bukit St Paul memerlukan stamina. Tahniah, Yong..

Inilah pokok Melaka.

Ini pula Tembok Melaka

Landskap menarik di Muzium Melaka

Muzium Melaka, Menara Jam Besar dan Air Pancutan Victoria

Dalam perjalanan pulang singgah di Zoo dan Taman Buaya Melaka

Melengkap percutian, tak sah kalau tak shopping. Singgah di Nilai 3 untuk shopping-shopping pula. Terima Kasih En Mahmod, sponsor ext payees

Bersama teman-teman di atas bukit St Paul.

Terima kasih Pustaka ADAR membawa kami kesini. Sungguhnya percutian ini amat indah dan akan kami kenang selama-lamanya. Doa kami, semuga Pustaka ADAR terus maju dan suksess dimasa-masa akan datang, Aminnnn....... Terima kasih Tn Hj Ahmad Dasuki b Hj Abd Raos dan Tn Hj Mahmod b M. Ali


Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa, saya didirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Jiwa dan raga, saya serahkan..







Isnin, 1 November 2010

Samb. Hr kanak-Kanak dan Penyampaian Hadiah Peraduan Mewarna Kedaibuku..

Hari ini merupakan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah SK Bdr Sg Buaya. Pelbagai acara menarik disediakan bermula jam 8.00 am - 12.30 t/hari.


Persembahan tarian dari murid-murid th 3


Pemenang Peraduan Mewarna 2010 anjuran kedaibuku
bersama Pengusaha, Tn Hj Ahmad Dasuki Hj A. Raos.

Pemenang Peraduan Mewarna 2010 anjuran kedaibuku juga menerima hadiah mereka pada hari ini. Hadiah-hadiah disampaikan sendiri oleh Tn Hj Ahmad Dasuki b Hj Abd Raos iaitu Pengusaha Kedaibuku SK Bdr Sg Buaya.


Tiga pemenang dipilih dari setiap tahun (Kelas PKI hingga tahun 6). Pemenang menerima baucer belian kedai buku, fail dan buku nota.


Persembahan kugiran dan nyanyian oleh guru-guru


Sebahagian gambar-gambar pemenang Peraduan Mewarna menerima hadiah dari Tn Hj Ahmad Dasuki. Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menyertai peraduan ini.






















Kedaibuku SK BSB, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pehak sekolah, pada murid-murid dan kepada Tn Hj Ahmad Dasuki yang sudi hadir serta Tn Hj Mahmod yg banyak berusha. Terima kasih yg tidak terhingga untuk semua...

Insya Allah, tahun depan berjumpa lagi...