Jumaat, 11 Februari 2011

Tetamu Kecil....

Assalammualaikum,

Tengok-tengok tu siapa datang kedai buku?. Mereka itu ialah 'anak-anak bongsuku' - murid-murid tahun satu. Selamat Datang kedaibuku ucapkan pada semua tetamu kecil baru ini.

Nampaknya, mereka begitu teruja pertama kali masuk kedaibuku. Ada yang malu-malu, ada yang pandang-pandang, ada yang berbisik-bisik dengan kawan, ada yang sibuk bertanya sampai tak terjawab-jawab kita.

Apa yang mereka suka beli ?

Ini dia ...TANAH LIAT...

Kaki pun belum sampai lagi. Nasib baik ada pemijak..

Barang lain pun mereka beli, macam akak ni - beli buku dan gam...

Nak beli apa, yer ?. Fikir dulu sebelum beli...

" Cik, saya nak beli talilat sehengget..."

Pada semua tetamu kecil ini, terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang kedaibuku dan belajar rajin-rajin yer, sayang...


Buai laju-laju, sampai pokok sena
Rajin tuntut ilmu, jadi orang berguna