Memaparkan catatan dengan label cerita khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita khas. Papar semua catatan

Ahad, 29 Ogos 2010

Hero the Heroes...


Mungkin catatan ini, tiada kaitan dengan kedai buku tapi ia mempunyai kaitan dengan kemanusiaan dan kita makhlukk ciptaan Tuhan.

Bagi saya, inilah blog yang paling meremukkan hati yang pernah saya susuri. Entah berapa banyak airmata tertumpah ketika membaca.
Pada semua, layarilah kisah tragis dan menyayat hati tentang seekor kucing yang dipotong kedua belah tangannya.

Kalau kita manusia, dah kira OKU dan mendapat elaun serta macam-macam keistimewaan. Pembuatnya pula akan diburu dan dijatuhkan hukuman. Tapi haiwan ni..?
Ya Allah...aku tak mampu meneruskannya lagi..

Aku hanya menumpang disudut dunia, sampai masa kupergi jua...

Layarilah : http://kakimotong.blogspot.com

Mulianya hati seekor haiwan :
MEREKA HANYA PANDAI MENGHARGAI TAPI MEREKA TIDAK PANDAI BERDENDAM...





Selasa, 24 Ogos 2010

Happy Days...

Keluarga bahagia Pustaka Adar di Ladang Boh , Cameron Highland

Suker tengok gambar ini. Nampak happy n enjoy sangat. Gambar ini masa family day Pustaka Adar kat Cameron Highland. Tengok tu, macam-macam gaya ada.. kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak penyu pun ader...jangan marah, saja usik-usik .. Love You All

Isnin, 2 Ogos 2010

REKREASI DAN KONVOI KE CAMERON HIGHLAND




Aktiviti rekreasi dan percutian merupakan satu anugerah majikan (Pustaka ADAR) kepada semua yang terlibat dalam jualan buku tahunan. Ini merupakan tanda terima kasih pehak pengurusan kepada semua pekerja-pekerja samada pekerja tetap mahupun sementara serta keluarga masing-masing.

Pada tahun ini lokasi yang dipilih ialah Cameron Highland. Wow, curlast gitu...selama 2 hari 1 malam melibat 63 orang peserta dari TBR, Serendah, Sentosa, Bdr Sg Buaya dan Kg Sg Buaya. Pagi Sabtu bersamaan 16 January, 7.30 am semua peserta berkumpul di chek point 1 iaitu di Tol Bkt Beruntung untuk perasmian dan taklimat. Perasmian dilakukan oleh YB DUN Batang kali Tn Isa Kassim. Siap masuk paper lagi...

Aktiviti pertama ialah Tresure Hunt (TH). SK BSB diwakili oleh SK BSB ROVERS terdiri daripada Faizal, Haziq, Nadiah n Rosmawati. SK BSB ROVERS memang bersemangat nak menang terutamanya si Faizal tu, siap tanya dia punya lecturer lagi.

Check point ke2 ialah Tol Tapah. Sempatlah menjamah teh panas n sandwich, jangan makan lebih-lebih nanti terburai tengah jalan...Tarik nafas panjang-panjang, lepas ini perjalanan lebih mencabar. Perjalanan diteruskan lagi, sambil Faizal and the Geng terus sibuk mencari jawapan TH.

Sekitar 11.00 am, kami tiba di check point ke3 iaitu Green Valley di Cameron Hihgland. Masing-masing melompat keluar nak lurus-luruskan badan. Pemandangan kat sini memang cantik, ada macam-macam bunga, pokok strawberry dan kedai cendermata. Pendek kata mukadimah Cameron Highland. Aktiviti utama kat sini selain berehat-berehat tentulah posing-posing. Duduk, bangun, pegang pokok strawberry, berdiri celah pokok macam-macam gaya ada.

Selepas lebih kurang sejam berehat, pejalanan di teruskan lagi ke ladang Teh Boh. Jalan diladang Boh, memang separuh nyawa hilang. Kalau driver-driver junior, rasanya tak payah dulu...Kami berhenti seketika untuk upacara bergambar. Masing-masing mencari posisi , berdiri sengit-sengit pun tak kisah, janji nampak ladang teh. Pemandangan kat ini memang cantik, saujana mata memandang, Maha Agong Pencipta-Nya..

Perjalanan diteruskan lagi kepuncak stesen Boh. Tempat ini memang tinggi, namanya pun puncak,kan... tapi kenderaan tidak dibenarkan, on your foot..alah, ok jer. Tak terasa sangat sebab pemandangannya memang cantik, udaranya pun nyaman. Dari puncak ini, kita boleh nampak seluruh ladang Boh sambil membeli belah beraneka produk Boh yang dijual disitu. Tapi yang lebih penting nak cari jawapan TH yang katanya ada disitu. Berpusing-pusinglah mereka mencarinya. Sebenarnya, jawapannya terpampang jelas kat laluan masuk. Mungkin mereka tak perasan, maklumlah tulisan bahasa omputih...

Turun dari ladang Boh, kami terus ke hotel Titiwangsa untuk chek in. Petang acara bebas, SK BSB Rovers pilih untuk ronda-ronda sekitar bandar. 6.00 pm, semua turun ke dewan untuk majlis penyampaian hadiah, cabutan nombor bertuah dan seterusnya dinner... Ketika pengumuman untuk TH, suspen juga tapi dalam hati dah terasa SK BSB menang ni..Yes, Alhamdulillah SK BSB menang, em..senyum sampai ke telingalah si Faizal n The Geng.. dan Nadiah juga menerima untuk hadiah untuk PMR. Tahniah SK BSB ROVERS..

Makan malamnya steam boat.. " macam mana nak makan ni? alah kita masukkan semua, lepas tu kacau-kacau. Kalau tak jadi steam boat jadilah bubur lambok.. kah, kah, kah..kelakar betul anak buah aku ni.." Lepas solat maghrib, pergi bersiar-siar pula ke pasar malam. Kat sini jangan haraplah nak jumpa mertabak ke, apam balik ke,...boleh balik..they all makan strawberry and coklat jer..

Pagi hari ke 2, selepas sarapan pagi semua berkumpul di depan hotel. Ini yang sedih ni, baru nak mesra-mesra dah berpisah pulak. Acara di terus mengikut pilihan masing-masing. SK BSB memilih untuk melawat taman rama-rama, kaktus valley, Kea farm, pasar pagi dan ladang strawberry AlMashor dan macam-macam lagi. Jam 1.00 petang kami bertolak turun mengikut jalan tapah dan singgah di Bharat Tea serta air terjun Lata Iskandar. Dalam perjalanan pulang yang kedengaran hanyalah deruman bunyi van Zul, yang lain-lain lenaaaaa ....zzzzzzzz

Kepada Pustaka ADAR, khususnya Tn Hj Ahmad Dasuki dan Tn Hj Mahmod kami mengucapkan jutaan terima kasih. Sesungguhnya, percutian ini amat menarik dan memberi seribu makna...terima kasih daun keladi, mudah-mudahan tahun hadapan ada lagi............Terima kasih semua,.

Sabtu, 31 Julai 2010

KEDAI BUKU SK BDR SG BUAYA




Kedai Buku SK BSB mula beroperasi pada january 2002. Pengusaha kedai buku ini ialah Tn Hj Ahmad Dasuki B Abd Raos bersama Tn Hj Mahmod b M. Ali. Kedai buku ini dibawah kelolaan Pustaka AD'AR.

Pada asalnya ia hanyalah sebuah buah bilik sederhana besar dengan dua buah meja panjang sahaja. Seiring dengan masa dan sokongan dari pehak sekolah serta komitmen yang tinggi pengusaha kedai, bilik ini telah berubah dari seadanya kepada lebih ceria dan sedap mata memandang kesetiap sudut.

Kedai buku dibuka seawal 7.15 am - 4.00 pm. Perkhidmatan yang ditawarkan ialah menjual alat tulis, keperluan sekolah, t/shirt sukan, cenderamata, buku rujukkan, penyediaan dan pembungkusan hadiah dan menerima tempahan khas seperti tali leher, name tag, buku-buku khas dan lain-lain. Ia juga menjalan aktiviti seperti sambutan Hari Guru, Ibu dan Peraduan mewarna sempena bulan kemerdekaan. Aktiviti ini memang sudah sinonim dengan kedai buku dan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid-murid setiap tahun.

Kedai buku juga terlibat dalam dalam aktiviti sekolah seperti gotong royong, sambutan hari guru, sukan dan lain-lain samada dalam bentuk tenaga, material mahupun sumbangan kewangan. Atas komitmen itulah pehak sekolah telah melantik kedai buku sebagai bapa angkat kepada Kelas Pendidikkan Khas dan Taman Lestari Ilmu.

Bagi memantapkan perkhidmatan, kedai buku memegang slogan, misi dan visinya tersendiri.

Slogan
Berniaga dan Berbakti

Visi
Maju perniagaan untuk beramal,
bersedaqah dan berbakti

Misi
"Sentiasa bersedia memberikan
kemudahan
kepada sekolah ( pentadbir,
murid-murid dan guru)
sesuai dengan
tanggungjawabnya sebagai
pengusaha
kedai buku dan alat tulis sekolah"



Akhir kata, kedai buku meyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah, sedang dan akan menggunakan perkhidmatan kami. Kami sentiasa terbuka untuk merima sebarang teguran mahupun kritikan. Terima kasih untuk semua, wassalam....


Smart
N Smile..