Isnin, 17 Oktober 2011

Selamat Menjalani Peperiksaan Tahun 2011


Hari ini, Isnin 17 Oktober merupakan hari pertama ujian semester akhir 2011. Kertas ujian hari ialah Pendidikan Seni. Jom kita lihat gelagat anak-anak membeli persiapan akhir untuk ujian seni pagi tadi di kedai buku SK BSB.

Kedai buku dibuka awal pagi ini, sebelum jam 7.00 am. Tapi hanya beberapa orang murid saja yang datang membeli waktu ini.

Selepas jam 7.00 am. Semakin ramai dan semakin meriah. Cuma yang tak bestnya, ada pulak yang baru nak bertanya kat kawan, "nak beli apa ?, kena bawak apa ? Nasib baik takder yang tanya " ujian seni bila ?

Beberapa minit sebelum loceng perhimpunan berbunyi. Lagilah ramai.... Lalu saya bertanya, kenapa dah last minit baru nak beli ?. Jawap mereka, last minitlah best beli, makcik. Semunya masih baru-baru dan berkilat lagi. Kalau bawak dari rumah ker , beli awal2 dulu ker.. bawak hari ni dah terperonyok, dah tak bekilat lagi. Emm, bijak kamu....


Ini keadaan kedai buku sebelum murid-murid membeli


Dan ini keadaan kedaibuku, selepas murid-murid membeli
Ada yang dah tercampak keluar...

Ada yang dah patah tengkuk...

Ada yang keluar isi perut

Ada yang dah telangkup...
He..he..he....


Pada semua anak-anak SK BSB, selamat menjalani
peperiksaan akhir dan semuga berjaya dengan cemerlang.




Rabu, 12 Oktober 2011

NSTP / DUTCH LADY


Kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya...
Anak-anak harus dididik mindanya supaya
sentiasa kreatif dan positif.


Bersama akhbar Didik/Berita Harian dan
Dutch Lady telah menganjurkan satu pertandingan :
" Membina Struktur Bangunan
dari Kotak Susu Dutch Lady.

Inilah hasilnya kreativiti anak-anak
dari SK Bdr Sg Buaya.


1) Nama Kump : Acid Drop
Tajuk Struktur : Bangunan 1 Malaysia


2) Nama Kump : Arkitek Junior
Tajuk Struktur : Minangkabau


3) Nama Kumpulan : Creative Kids
Tajuk Struktur : Tick Tock Tower

4) Nama Kump: The Dutch Crocs
Tajuk Struktur : I - Bot


5) Nama Kump: Smart Student
Tajuk Struktur : Student Release Hall



6) Nama Kump: Smart Kids
Tajuk Struktur : Dutch Lady 1 Malaysia -
DL 1 Malaysia

7) Nama Kump :
Tajuk struktur :

( masih dlm proses penyiapan..)




TAHNIAH dan Semuga berjaya..