Kedai buku dibuka awal pagi ini, sebelum jam 7.00 am. Tapi hanya beberapa orang murid saja yang datang membeli waktu ini.
Selepas jam 7.00 am. Semakin ramai dan semakin meriah. Cuma yang tak bestnya, ada pulak yang baru nak bertanya kat kawan, "nak beli apa ?, kena bawak apa ? Nasib baik takder yang tanya " ujian seni bila ?
Beberapa minit sebelum loceng perhimpunan berbunyi. Lagilah ramai.... Lalu saya bertanya, kenapa dah last minit baru nak beli ?. Jawap mereka, last minitlah best beli, makcik. Semunya masih baru-baru dan berkilat lagi. Kalau bawak dari rumah ker , beli awal2 dulu ker.. bawak hari ni dah terperonyok, dah tak bekilat lagi. Emm, bijak kamu....
Ini keadaan kedai buku sebelum murid-murid membeli
Dan ini keadaan kedaibuku, selepas murid-murid membeli
Ada yang dah tercampak keluar...
Ada yang dah patah tengkuk...
Ada yang keluar isi perut
Ada yang dah telangkup...
He..he..he....
Pada semua anak-anak SK BSB, selamat menjalani
peperiksaan akhir dan semuga berjaya dengan cemerlang.