Khamis, 19 Januari 2012

Hari Keluarga di puncak Fraser's Hill..

Alhamdulillah, seperti tahun2 sebelumnya, penutup jualan tahunan buku Pustaka AD'AR untuk tahun ini ialah Program Rekreasi Tahunan yang diadakan di Fraser's Hill, Pahang selama 2 hari 1 malam - 14/15 jan 2012. Semua kakitangan Pustaka AD'AR serta keluarga masing-masing turut serta.

Majlis penerangan sebelum belepas ke Fraser's Hill
oleh Tuan Pengurus Pustaka AD'AR,
Tn Hj Ahmad Dasuki b Hj Abd Raos.

Tiba di Fraser's Hill sekitar jam 11.00 pagi.

Kami disambut dengan panorama yang cukup indah

Udara yang segar dan nyaman

Di sinilah kami menginap selama 2 hari 1 malam
Silverpark Resort, Fraser's Hill

Apartment yang selesa

Menikmati kopi panas dan roti sambil menghirup udara yg segar
di balkoni apartment. Kalau hari2 begini, kan best .....

Pemandangan waktu pagi dr balkoni apartment.
Sejuk dan dingin...

Peserta-peserta Tresure Hunt sebelum berlepas...

Melilau mencari 'harta karun...'

Balai polis pun kami terjah, nak cari jawapan treasure hunt. Sib baek tak kena saman. Terima kasih tuan2 polis krn beri kerjasama. Nanti hadiah, kita share..he..he...


Malam diadakan majlis Makan Malam dan penyampaian hadiah. Tetamu Kehormat YB Dato' Isa Kassim, ADUN Btg Kali. Paling best, Dato' sudi menyampaikan sebuah lagu dan sumbangan rm 1000 pada Pustaka AD'AR. Terima kasih Dato'.
Cuma saya agak terkilan sebab tayangan slide tidak seperti yang dirancangkan. Saya mohon maaf pada semua yg hadir.

Batu dan garisan sempadan antara dua negeri,
Selangor dan Pahang..

Trek untuk melihat burung.
Tapi kami tak berkesempatan melakukannya krn hujan
Masjid Sultan Mahmud, Fraser's Hill.
Indah di kelilingi bunga-bunga dan landskap yg cukup menarik


Fraser's Hill mmg terkenal dgn bunga-bunganya yg beraneka warna

Dimana-mana semuanya berbunga.
Seperti berada ditengah2 hamparan bunga

Memang sesuai sangat tempat nak posing2 dan felling2...

Kuch.. kuch hota.. hei, versi Shakir & Asyraf

Inilah pehak yang bertanggungjawab mengendalikan
tanah tinggi bukit Fraser's.

Boss dah penat melayan karenah anak-anak buah...

Bersama Tn Hj Ahmad Dasuki dan isteri Pn Hjh Norhayati,
tuan pengurus Pustaka AD'AR

Para Penyelia kedai buku sekolah Pustaka AD'AR,

We had joy, we had fun...

Terima kasih Pustaka AD'AR, khususnya Tn Hj Ahmad Dasuki b Hj Abd Raos krn sudi membawa kami semua kesini. Mudah2an, Puskata AD'AR terus maju dimasa-masa akan datang, Insya Allah. Untuk semua, panjang umur ada kesempatan, Insya Allah tahun kita berjumpa lagi...
Selamat Tinggal Fraser's Hill....

Kalau ada sumur diladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Insya Allah, tahun hadapan berjumpa lagi...












Rabu, 18 Januari 2012

Jualan Buku dan Keperluan Sekolah sessi 2012


Alhamdulillah, aktiviti kemuncak Pustaka AD'AR SK Bdr Sg Buaya ialah Jualan Buku dan Keperluan sekolah bermula pada 23 Dec, 2011. Shakir, Asyraf, Dinnie dan Nadiah adalah pembantu jualan buku utk sessi kali ini.

Shakir dan Asyraf sedang memasang banner Jualan Buku

Kerja-kerja 'packing' sedang dijalankan.
Walaupun penat, tp maintain tetap senyum.....

Memikul 'harta karun' untuk dihantar ketempat pelupusan.

Ibubapa dan penjaga murid-murid sedang
menunggu giliran untuk membeli buku

Berdiri, duduk, menonggeng.... he, he, he..

Fokus pada penjelasan pembeli.
Kadang-kadang tak sempat duduk dari mula buka kedai
sehinggalah tutup kedai.

Bukan setakat buku dan keperluaan sekolah, baju pun ada dijual..

Penerangan dan menjawab segala pertanyaan semampu kami


Fokus pada kerja

Kuharap panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari.
Beberapa buku dibatalkan penjualannya selepas 5 hari jualan
dan selepas 500 orang telah datang membelinya.

Pembatalan buku diganti dgn pemberian bocer.
Mudah-mudahan ada hikmah dibaliknya

Pada semua pembeli dan pengunjung kedai buku SK BSB, kami merakamkan jutaan terima kasih dan kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa, termasam muka, tersalah kira.
Pada Shakir, Asyraf, Dinnie dan Nadiah, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih. Budi dan jasa kalian akan kami kenang selama-lama.


TERIMA KASIH SEMUA..