Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Syawal menjelang lagi. Dikesempatan ini, kedai buku SK BSB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta maaf zahir batin kepada seluruh warga SK BSB, penduduk Bdr Sg Buaya, para pembekal, para sahabat dan seluruh yang mengenali kami. Semuga Syawal tahun ini memberi seribu keimanan dan keberkatan dalam hidup kita.


Sempena Hari Raya, suasana dikedai buku juga turut meriah. Pelbagai bentuk, corak dan warna kad Hari Raya dijual. Bukan murid-murid saja yang membelinya, guru-guru juga turut membeli sama. Sesungguhnya kad penganti diri tatkala lidah kelu berkata-kata...


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ahad, 8 Ogos 2010

PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN 2009

Sebahagian daripada Peraduan Mewarna yang dipamerkan di kedai buku SK BSB

Sempena bulan kemerdekaan 2009, kedai buku telah mengadakan Peraduan Mewarna. Ini merupakan tahun ke 2 selepas dijalankan kali pertamanya pada tahun 2005.
Tujuan peraduan ini, untuk menanamkan semangat patriotik cintakan negara disamping menambah kemahiran dalam bidang seni lukisan.

Sebahagian pemenang bersama pengusaha kedai buku, Tn Hj Ahmad Dasuki A. Raos

Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori. Tahap 1 ( 7 - 9 th) dan tahap 2 ( 10 -12 th). Sambutan amat menggalakkan. Pada tahun ini juga, satu kategori baru diperkenalkan iaitu untuk murid-murid Pendidikkan Khas (PKI).

Lima pemenang dari setiap tahun dipilih. Hadiah-hadiah disampaikan dalam satu majlis sekolah oleh pengusaha kedai buku iaitu Tn Hj Ahmad Dasuki b A. Raos. Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi ditahun hadapan, Insya Allah..













TERIMA KASIH SEMUA. DI HATI KAMI,
ANDA SEMUA ADALAH PEMENANG



Jumaat, 6 Ogos 2010

"....HBO vs UFO..."

Sorang murid lelaki masuk ke kedai buku.

"Assalammualaikum, cik..
Waalaikumsalam...apsal kamu nampak kelam kabut jer..

Cepat cik, cepat ! nanti cikgu marah..
Kamu nak beli apa?
HBO...!
Ah ? HBO..?
Ini kedai buku sekolahlah, bang. Bukannya kedai ASTRO.
Jangankan ASTRO, radio kecik pun mak cik tak jual.
Ok kamu balik dulu, tanya cik gu betul-betul

Seketika datang kembali dengan senyum simpulnya
Cik, maaflah cik. Silap cakap. Bukan HBO tapi buku SBOA...
Alahai bang ooi, nasib kamu tak sebut UFO tadi, kalau tidak
pengsan terus makcik..."