Isnin, 17 Januari 2011

Percutian dan Rekreasi Melaka 2011

15 & 16 January 2011 - Sekali kali Pustaka ADAR melakar sejarah, membawa seluruh kakitangannya beserta keluarga masing-masing bercuti serta berekreasi. Kali ini lokasi yang dipilih ialah Melaka. Tujuan program ini, sebagai tanda terima kasih Pustaka ADAR kepada seluruh kakitangannya disamping mengeratkan lagi silaturrahim antara pekerja dan pehak pengurusan.

Pelepasan peserta dilakukan oleh YB Tn Isa Kassim, ADUN Btg Kali di Plaza Tol Bkt Beruntung. Tepat jam 8.45 pagi, peserta bertolak ke Melaka dengan menaiki bas yang disewa khas. Menaiki bas juga memberi satu pengalaman yang menarik.

Singgah sebentar di R & R Seremban untuk bersarapan pagi

Tiba di bandar Melaka sekitar jam 11.00 pagi. Perhentian pertama ialah Muzium Samudera. Aktiviti pertama pula - River Cruise. Walaupun hanya 45 minit pelayaran, tapi ada yang dah pening-pening lalat. Melayari sungai Melaka ini memberi pengalaman baru. Pelbagai pemandangan menarik dan aktiviti masyarakat Melaka dapat kita lihat seperti perkampungan Mortem, panggung wayang lama, jeti lama, pokok kayu bakau dan lain-lain lagi.

Menikmati panorama sambil menyusuri sungai Melaka. Memang mengasyikkan...

Replika Pahlawan Melayu Hang Tuah antara yang terdapat di dalam Muzium Kapal Portugis. Lain-lain menarik ialah mata wang lama, peralatan dan bilik-bilik khas di dalam kapal. Namun yang paling menyentuh hati saya ialah bilik tahanan.

Landskap dan pemandangan yang menarik dipersekitaran Muzium Samudera

8.00pm - Majlis Makan Malam di Dewan Hang Tuah. Di majlis ini, turut menyampai cenderamata dan penghargaan kepada pekerja-pekerja, Anugerah Cemerlang UPSR dan PMR serta cabutan bertuah.

Tetamu Kehormat Mejar Zaharin, Timb Presiden Dewan Perniagaan BTM

Team Slide Show, SK BSB. Haziq, Faez dan Nadiah. Tahniah and jasamu akan dikenang

Hari ke 2 - Selepas bersarapan pagi, menuju ke Replika Kapal Portugis untuk sessi bergambar. Thank you, En Syamsul kerana sudi menjadi photografer kami.

Melawat ke A Famosa

Pemandangan menarik dari atas bukit St Paul

Mendaki dan menuruni bukit St Paul memerlukan stamina. Tahniah, Yong..

Inilah pokok Melaka.

Ini pula Tembok Melaka

Landskap menarik di Muzium Melaka

Muzium Melaka, Menara Jam Besar dan Air Pancutan Victoria

Dalam perjalanan pulang singgah di Zoo dan Taman Buaya Melaka

Melengkap percutian, tak sah kalau tak shopping. Singgah di Nilai 3 untuk shopping-shopping pula. Terima Kasih En Mahmod, sponsor ext payees

Bersama teman-teman di atas bukit St Paul.

Terima kasih Pustaka ADAR membawa kami kesini. Sungguhnya percutian ini amat indah dan akan kami kenang selama-lamanya. Doa kami, semuga Pustaka ADAR terus maju dan suksess dimasa-masa akan datang, Aminnnn....... Terima kasih Tn Hj Ahmad Dasuki b Hj Abd Raos dan Tn Hj Mahmod b M. Ali


Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa, saya didirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Jiwa dan raga, saya serahkan..







Rabu, 29 Disember 2010

Jualan Buku dan Keperluaan Sekolah 2010/11

Jualan Buku dan Keperluan sekolah 2011 bermula pada 22 Dec,2010


Ibubapa/penjaga murid sedang mengambil no.giliran dan borang pembelian

Berurusan dengan kaunter belian.

Semua dilakukan dengan teliti dan cekap

Semakkan oleh pembeli sendiri

Kerja-kerja 'packing'. Semua buku-buku dan keperluan sekolah
sudah siap dipacking untuk memudah dan mempercepatkan kerja jualan

Petugas-petugas jualan buku SK BSB 2010/11. Faiz, Shahir, Haziq dan Nadiah. Terima kasih kepada semua pembelli dan pengunjung Jualan Buku SK SBS. Kami mohon ampun dan maaf kira terkasar bahasa, tersalah kira atau termasam muka. Terima kasih pada semua...

Sabtu, 13 November 2010

Hari Anugerah Cemerlang

Pelajar2 cemerlang bersama hadiah masing-masing
beserta YDP, GB dan GPK SK BSB

Tahniah untuk semua. Semuga SK BSB terus cemerlang dimasa-masa akan datang, Insya Allah. Pada yang kurang cemerlang jangan putus asa, perjalanan masih jauh. Teruskan usha, Insya allah kalian akan berjaya, aminnnnnn....

Hamper dari kedai buku untuk Tokoh murid 2010. Tahniah..