Khamis, 2 Jun 2011

Jualan T/Shirt Sukan SK BSB 2011

Jualan T/Shirt Sukan SK BSB untuk tahun 2011, mula di jual dikedaibuku bermula pada 24 Mei, 2011. Insya Allah, sukan tahunan sekolah akan diadakan pada 26 Jun, 2011. Pada tahun ini, selain corak baju, nama rumah-rumah sukan juga telah ditukar;

Rumah Merah - Panglima
Rumah Kuning - Laksamana
Rumah Hijau - Hulubalang
Rumah Biru - Bentara
Rumah Ungu - Temenggung

T/shirt merah jambu - Pra sekolah
T/shirt Oren - Kelas PPKI


T/Shirt sukan di pamerkan dikedaibuku,
untuk memudahkan pembeli melihat dan memilih yang sesuai untuk mereka.

Lengan pendek untuk murid lelaki
Lengan panjang untuk murid perempuan

Sebahagian stok t/shirt sukan dikedaibuku

Murid-murid sedang melihat t/shirt sukan dikedaibuku

Murid-murid mula membeli t/shirt sukan

Sebahagian ibubapa dan penjaga yang datang sendiri
untuk membeli t/shirt sukan untuk anak-anak mereka



Pada semua pengunjung dan pembeli,
kedaibuku SK BSB mengucapkan jutaan Terima Kasih..


Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Ibu / Guru 2011

Seperti tahun-tahun lepas, kedai buku SK Bdr Sg Buaya mengadakan jualan khas sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru. Pelbagai hadiah dan cenderamata menarik dijual dikedai buku.

Poster Selamat Hari Ibu & Guru

Memo Klip

Bekas air minuman

Bunga dan anak patung kecil

Pelbagai cenderahati menarik


SELAMAT HARI IBU
&
SELAMAT HARI GURU





Jumaat, 11 Februari 2011

Tetamu Kecil....

Assalammualaikum,

Tengok-tengok tu siapa datang kedai buku?. Mereka itu ialah 'anak-anak bongsuku' - murid-murid tahun satu. Selamat Datang kedaibuku ucapkan pada semua tetamu kecil baru ini.

Nampaknya, mereka begitu teruja pertama kali masuk kedaibuku. Ada yang malu-malu, ada yang pandang-pandang, ada yang berbisik-bisik dengan kawan, ada yang sibuk bertanya sampai tak terjawab-jawab kita.

Apa yang mereka suka beli ?

Ini dia ...TANAH LIAT...

Kaki pun belum sampai lagi. Nasib baik ada pemijak..

Barang lain pun mereka beli, macam akak ni - beli buku dan gam...

Nak beli apa, yer ?. Fikir dulu sebelum beli...

" Cik, saya nak beli talilat sehengget..."

Pada semua tetamu kecil ini, terima kasih banyak-banyak kerana sudi datang kedaibuku dan belajar rajin-rajin yer, sayang...


Buai laju-laju, sampai pokok sena
Rajin tuntut ilmu, jadi orang berguna