Sabtu, 31 Julai 2010

Kelas Anak Angkat dan Taman Anak Angkat


Taman Anak Angkat kedai buku merupakan satu taman yang diselenggarakan dan biayai sepenuhnya oleh kedai buku. Taman ini terletak berhampiran dengan kedai buku. Dulu ia hanya satu kawasan lapang dengan2 batang pokok sahaja.

Guru besar, Pn Rozana telah menyerahkan kawasan ini kepada kedai buku untuk diubahsuaikan landskapnya. Kerja-kerja pengubahsuaian dijalankan oleh En Aziz bin Ali. Kini ia mempunyai pelbagai tumbuhan dan hidupan air. Taman ini menjadi taman rujukan murid-murid dan guru mengenai alam tumbuhan dan ekologi air.

Nama Taman lestari Ilmu ini diberikan oleh guru penyelaras kedai buku iaitu Pn Suhida bt Mokhtar. Semuga Taman ini terus memberi ilmu dan menafaat kepada semua pehak.

Kelas Pendidikan Khas Intergrasi (PKI) pula merupakan kelas anak angkat kedai buku. Murid-murid kelas ini terdiri daripada anak-anak kurang upaya. Kami berbesar hati menerima mereka sebagai anak angkat. Pelbagai keistimewaan diberikan oleh kedai buku kepada kelas ini seperti sumbangan hadiah dan jamuan makan.

Doa kami, semuga anak-anak terus maju dan berjaya dimasa-masa hadapan, aminnn.....

"Disisi Tuhan, manusia ini sama. Kekurangan diri adalah
kekuatan menguji iman seseorang.."