Ahad, 29 Ogos 2010

Hero the Heroes...


Mungkin catatan ini, tiada kaitan dengan kedai buku tapi ia mempunyai kaitan dengan kemanusiaan dan kita makhlukk ciptaan Tuhan.

Bagi saya, inilah blog yang paling meremukkan hati yang pernah saya susuri. Entah berapa banyak airmata tertumpah ketika membaca.
Pada semua, layarilah kisah tragis dan menyayat hati tentang seekor kucing yang dipotong kedua belah tangannya.

Kalau kita manusia, dah kira OKU dan mendapat elaun serta macam-macam keistimewaan. Pembuatnya pula akan diburu dan dijatuhkan hukuman. Tapi haiwan ni..?
Ya Allah...aku tak mampu meneruskannya lagi..

Aku hanya menumpang disudut dunia, sampai masa kupergi jua...

Layarilah : http://kakimotong.blogspot.com

Mulianya hati seekor haiwan :
MEREKA HANYA PANDAI MENGHARGAI TAPI MEREKA TIDAK PANDAI BERDENDAM...





Selasa, 24 Ogos 2010

Happy Days...

Keluarga bahagia Pustaka Adar di Ladang Boh , Cameron Highland

Suker tengok gambar ini. Nampak happy n enjoy sangat. Gambar ini masa family day Pustaka Adar kat Cameron Highland. Tengok tu, macam-macam gaya ada.. kuak lentang, kuak kupu-kupu, kuak penyu pun ader...jangan marah, saja usik-usik .. Love You All

Isnin, 23 Ogos 2010

Hari pertama Peraduan Mewarna 2010...

Inilah poster Peraduan mewarna anjuran kedai buku SK BSB 2010 sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Raya, 1 Malaysia. Sambutan memang menggalakkan. Terima kasih, semua...

Tiga pembeli pertama telah menerima hadiah cenderamata dari kedai buku. Mereka adalah adik Sharifah Amisha, Nur Dania Athirah dan Raja Nur Aisyah. Tahniah kepada ketiga-tiga pelajar ini kerana menjadi pembeli terawal peraduan.

Sharifah Amisha, Nur Dania Athirah dan Raja Nur Aisyah, bersama hadiah mereka

Peraduan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu tahap 1 ( 7 -9th) dan tahap 2 (10 - 12th). Lima pemenang akan dipilih dari setiap tahun. Tarikh tutup peraduan pada 30 Sept, 2010. Jom ramai-ramai kita sertai peraduan mewarna ini. Selain mendapat hadiah, ia juga menyerlahkan bakat serta menambah kemahiran dalam bidang seni lukis. Terima kasih, semua...


Sabtu, 21 Ogos 2010

Barangan di kedai buku SK BSB












Semua barang yang terdapat dikedai buku mengikut keperluan sekolah dan murid. Kedai buku hanya menjual barangan yang dibenarkan oleh pehak sekolah sahaja.





















Selasa, 17 Ogos 2010

Tiru macam saya....

Hahaha kelakar-kelakar jugak kartunnya tapi boleh la ikut senaman nie untuk hilangkan stress anda tu. Kerja..kerja jugak..kesihatan pun nak kena jaga. Haah..Hanya amik masa 7 minit untuk buat senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2…Gambar mengikut turutan arahan.

p3ax4 p4mz7 p6ap1 p7ed0 p8so1 p9ci2


1.Ni ala taichi sikit la…sebagai intro dan warming up..
2.Tiru la macam ni…untuk melegakan bahu dan leher..
3.Gerak kekanan kemudian ke kiri..
4.Ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
5.Tepuk kuat kuat kat dahi..ni untuk hilang mengantuk..
6.Dah tu buat gerakan tangan dan badan…buat macam happy aje..
7.Kemudian goyang2 kaki dan badan sikit…buat macam takde masaalah…

p10hz3 p11vv5 p12tt1 p13pq5 p14cs8


8. Buat secara aggresive pula…jangan peduli apa orang lain kata..
9. Hilangkan semua stress..
10. pusingkan kepala…
11. tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
12. Akhir sekali buat joget kucing…

SELAMAT MENCUBA…

Selasa, 10 Ogos 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Syawal menjelang lagi. Dikesempatan ini, kedai buku SK BSB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta maaf zahir batin kepada seluruh warga SK BSB, penduduk Bdr Sg Buaya, para pembekal, para sahabat dan seluruh yang mengenali kami. Semuga Syawal tahun ini memberi seribu keimanan dan keberkatan dalam hidup kita.


Sempena Hari Raya, suasana dikedai buku juga turut meriah. Pelbagai bentuk, corak dan warna kad Hari Raya dijual. Bukan murid-murid saja yang membelinya, guru-guru juga turut membeli sama. Sesungguhnya kad penganti diri tatkala lidah kelu berkata-kata...


SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ahad, 8 Ogos 2010

PERTANDINGAN MEWARNA KEMERDEKAAN 2009

Sebahagian daripada Peraduan Mewarna yang dipamerkan di kedai buku SK BSB

Sempena bulan kemerdekaan 2009, kedai buku telah mengadakan Peraduan Mewarna. Ini merupakan tahun ke 2 selepas dijalankan kali pertamanya pada tahun 2005.
Tujuan peraduan ini, untuk menanamkan semangat patriotik cintakan negara disamping menambah kemahiran dalam bidang seni lukisan.

Sebahagian pemenang bersama pengusaha kedai buku, Tn Hj Ahmad Dasuki A. Raos

Pertandingan terbahagi kepada 2 kategori. Tahap 1 ( 7 - 9 th) dan tahap 2 ( 10 -12 th). Sambutan amat menggalakkan. Pada tahun ini juga, satu kategori baru diperkenalkan iaitu untuk murid-murid Pendidikkan Khas (PKI).

Lima pemenang dari setiap tahun dipilih. Hadiah-hadiah disampaikan dalam satu majlis sekolah oleh pengusaha kedai buku iaitu Tn Hj Ahmad Dasuki b A. Raos. Tahniah kepada semua pemenang. Pada yang kurang berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi ditahun hadapan, Insya Allah..













TERIMA KASIH SEMUA. DI HATI KAMI,
ANDA SEMUA ADALAH PEMENANG



Jumaat, 6 Ogos 2010

"....HBO vs UFO..."

Sorang murid lelaki masuk ke kedai buku.

"Assalammualaikum, cik..
Waalaikumsalam...apsal kamu nampak kelam kabut jer..

Cepat cik, cepat ! nanti cikgu marah..
Kamu nak beli apa?
HBO...!
Ah ? HBO..?
Ini kedai buku sekolahlah, bang. Bukannya kedai ASTRO.
Jangankan ASTRO, radio kecik pun mak cik tak jual.
Ok kamu balik dulu, tanya cik gu betul-betul

Seketika datang kembali dengan senyum simpulnya
Cik, maaflah cik. Silap cakap. Bukan HBO tapi buku SBOA...
Alahai bang ooi, nasib kamu tak sebut UFO tadi, kalau tidak
pengsan terus makcik..."

Rabu, 4 Ogos 2010

" Al-kisah Cikgu dan muridnya...."

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa
selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!
Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengarsini baik-baik.
Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid :
UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan,bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh
Murid : sanga!

Siapa benar, siapa salah.............?



Isnin, 2 Ogos 2010

REKREASI DAN KONVOI KE CAMERON HIGHLAND




Aktiviti rekreasi dan percutian merupakan satu anugerah majikan (Pustaka ADAR) kepada semua yang terlibat dalam jualan buku tahunan. Ini merupakan tanda terima kasih pehak pengurusan kepada semua pekerja-pekerja samada pekerja tetap mahupun sementara serta keluarga masing-masing.

Pada tahun ini lokasi yang dipilih ialah Cameron Highland. Wow, curlast gitu...selama 2 hari 1 malam melibat 63 orang peserta dari TBR, Serendah, Sentosa, Bdr Sg Buaya dan Kg Sg Buaya. Pagi Sabtu bersamaan 16 January, 7.30 am semua peserta berkumpul di chek point 1 iaitu di Tol Bkt Beruntung untuk perasmian dan taklimat. Perasmian dilakukan oleh YB DUN Batang kali Tn Isa Kassim. Siap masuk paper lagi...

Aktiviti pertama ialah Tresure Hunt (TH). SK BSB diwakili oleh SK BSB ROVERS terdiri daripada Faizal, Haziq, Nadiah n Rosmawati. SK BSB ROVERS memang bersemangat nak menang terutamanya si Faizal tu, siap tanya dia punya lecturer lagi.

Check point ke2 ialah Tol Tapah. Sempatlah menjamah teh panas n sandwich, jangan makan lebih-lebih nanti terburai tengah jalan...Tarik nafas panjang-panjang, lepas ini perjalanan lebih mencabar. Perjalanan diteruskan lagi, sambil Faizal and the Geng terus sibuk mencari jawapan TH.

Sekitar 11.00 am, kami tiba di check point ke3 iaitu Green Valley di Cameron Hihgland. Masing-masing melompat keluar nak lurus-luruskan badan. Pemandangan kat sini memang cantik, ada macam-macam bunga, pokok strawberry dan kedai cendermata. Pendek kata mukadimah Cameron Highland. Aktiviti utama kat sini selain berehat-berehat tentulah posing-posing. Duduk, bangun, pegang pokok strawberry, berdiri celah pokok macam-macam gaya ada.

Selepas lebih kurang sejam berehat, pejalanan di teruskan lagi ke ladang Teh Boh. Jalan diladang Boh, memang separuh nyawa hilang. Kalau driver-driver junior, rasanya tak payah dulu...Kami berhenti seketika untuk upacara bergambar. Masing-masing mencari posisi , berdiri sengit-sengit pun tak kisah, janji nampak ladang teh. Pemandangan kat ini memang cantik, saujana mata memandang, Maha Agong Pencipta-Nya..

Perjalanan diteruskan lagi kepuncak stesen Boh. Tempat ini memang tinggi, namanya pun puncak,kan... tapi kenderaan tidak dibenarkan, on your foot..alah, ok jer. Tak terasa sangat sebab pemandangannya memang cantik, udaranya pun nyaman. Dari puncak ini, kita boleh nampak seluruh ladang Boh sambil membeli belah beraneka produk Boh yang dijual disitu. Tapi yang lebih penting nak cari jawapan TH yang katanya ada disitu. Berpusing-pusinglah mereka mencarinya. Sebenarnya, jawapannya terpampang jelas kat laluan masuk. Mungkin mereka tak perasan, maklumlah tulisan bahasa omputih...

Turun dari ladang Boh, kami terus ke hotel Titiwangsa untuk chek in. Petang acara bebas, SK BSB Rovers pilih untuk ronda-ronda sekitar bandar. 6.00 pm, semua turun ke dewan untuk majlis penyampaian hadiah, cabutan nombor bertuah dan seterusnya dinner... Ketika pengumuman untuk TH, suspen juga tapi dalam hati dah terasa SK BSB menang ni..Yes, Alhamdulillah SK BSB menang, em..senyum sampai ke telingalah si Faizal n The Geng.. dan Nadiah juga menerima untuk hadiah untuk PMR. Tahniah SK BSB ROVERS..

Makan malamnya steam boat.. " macam mana nak makan ni? alah kita masukkan semua, lepas tu kacau-kacau. Kalau tak jadi steam boat jadilah bubur lambok.. kah, kah, kah..kelakar betul anak buah aku ni.." Lepas solat maghrib, pergi bersiar-siar pula ke pasar malam. Kat sini jangan haraplah nak jumpa mertabak ke, apam balik ke,...boleh balik..they all makan strawberry and coklat jer..

Pagi hari ke 2, selepas sarapan pagi semua berkumpul di depan hotel. Ini yang sedih ni, baru nak mesra-mesra dah berpisah pulak. Acara di terus mengikut pilihan masing-masing. SK BSB memilih untuk melawat taman rama-rama, kaktus valley, Kea farm, pasar pagi dan ladang strawberry AlMashor dan macam-macam lagi. Jam 1.00 petang kami bertolak turun mengikut jalan tapah dan singgah di Bharat Tea serta air terjun Lata Iskandar. Dalam perjalanan pulang yang kedengaran hanyalah deruman bunyi van Zul, yang lain-lain lenaaaaa ....zzzzzzzz

Kepada Pustaka ADAR, khususnya Tn Hj Ahmad Dasuki dan Tn Hj Mahmod kami mengucapkan jutaan terima kasih. Sesungguhnya, percutian ini amat menarik dan memberi seribu makna...terima kasih daun keladi, mudah-mudahan tahun hadapan ada lagi............Terima kasih semua,.