Isnin, 2 Ogos 2010

REKREASI DAN KONVOI KE CAMERON HIGHLAND




Aktiviti rekreasi dan percutian merupakan satu anugerah majikan (Pustaka ADAR) kepada semua yang terlibat dalam jualan buku tahunan. Ini merupakan tanda terima kasih pehak pengurusan kepada semua pekerja-pekerja samada pekerja tetap mahupun sementara serta keluarga masing-masing.

Pada tahun ini lokasi yang dipilih ialah Cameron Highland. Wow, curlast gitu...selama 2 hari 1 malam melibat 63 orang peserta dari TBR, Serendah, Sentosa, Bdr Sg Buaya dan Kg Sg Buaya. Pagi Sabtu bersamaan 16 January, 7.30 am semua peserta berkumpul di chek point 1 iaitu di Tol Bkt Beruntung untuk perasmian dan taklimat. Perasmian dilakukan oleh YB DUN Batang kali Tn Isa Kassim. Siap masuk paper lagi...

Aktiviti pertama ialah Tresure Hunt (TH). SK BSB diwakili oleh SK BSB ROVERS terdiri daripada Faizal, Haziq, Nadiah n Rosmawati. SK BSB ROVERS memang bersemangat nak menang terutamanya si Faizal tu, siap tanya dia punya lecturer lagi.

Check point ke2 ialah Tol Tapah. Sempatlah menjamah teh panas n sandwich, jangan makan lebih-lebih nanti terburai tengah jalan...Tarik nafas panjang-panjang, lepas ini perjalanan lebih mencabar. Perjalanan diteruskan lagi, sambil Faizal and the Geng terus sibuk mencari jawapan TH.

Sekitar 11.00 am, kami tiba di check point ke3 iaitu Green Valley di Cameron Hihgland. Masing-masing melompat keluar nak lurus-luruskan badan. Pemandangan kat sini memang cantik, ada macam-macam bunga, pokok strawberry dan kedai cendermata. Pendek kata mukadimah Cameron Highland. Aktiviti utama kat sini selain berehat-berehat tentulah posing-posing. Duduk, bangun, pegang pokok strawberry, berdiri celah pokok macam-macam gaya ada.

Selepas lebih kurang sejam berehat, pejalanan di teruskan lagi ke ladang Teh Boh. Jalan diladang Boh, memang separuh nyawa hilang. Kalau driver-driver junior, rasanya tak payah dulu...Kami berhenti seketika untuk upacara bergambar. Masing-masing mencari posisi , berdiri sengit-sengit pun tak kisah, janji nampak ladang teh. Pemandangan kat ini memang cantik, saujana mata memandang, Maha Agong Pencipta-Nya..

Perjalanan diteruskan lagi kepuncak stesen Boh. Tempat ini memang tinggi, namanya pun puncak,kan... tapi kenderaan tidak dibenarkan, on your foot..alah, ok jer. Tak terasa sangat sebab pemandangannya memang cantik, udaranya pun nyaman. Dari puncak ini, kita boleh nampak seluruh ladang Boh sambil membeli belah beraneka produk Boh yang dijual disitu. Tapi yang lebih penting nak cari jawapan TH yang katanya ada disitu. Berpusing-pusinglah mereka mencarinya. Sebenarnya, jawapannya terpampang jelas kat laluan masuk. Mungkin mereka tak perasan, maklumlah tulisan bahasa omputih...

Turun dari ladang Boh, kami terus ke hotel Titiwangsa untuk chek in. Petang acara bebas, SK BSB Rovers pilih untuk ronda-ronda sekitar bandar. 6.00 pm, semua turun ke dewan untuk majlis penyampaian hadiah, cabutan nombor bertuah dan seterusnya dinner... Ketika pengumuman untuk TH, suspen juga tapi dalam hati dah terasa SK BSB menang ni..Yes, Alhamdulillah SK BSB menang, em..senyum sampai ke telingalah si Faizal n The Geng.. dan Nadiah juga menerima untuk hadiah untuk PMR. Tahniah SK BSB ROVERS..

Makan malamnya steam boat.. " macam mana nak makan ni? alah kita masukkan semua, lepas tu kacau-kacau. Kalau tak jadi steam boat jadilah bubur lambok.. kah, kah, kah..kelakar betul anak buah aku ni.." Lepas solat maghrib, pergi bersiar-siar pula ke pasar malam. Kat sini jangan haraplah nak jumpa mertabak ke, apam balik ke,...boleh balik..they all makan strawberry and coklat jer..

Pagi hari ke 2, selepas sarapan pagi semua berkumpul di depan hotel. Ini yang sedih ni, baru nak mesra-mesra dah berpisah pulak. Acara di terus mengikut pilihan masing-masing. SK BSB memilih untuk melawat taman rama-rama, kaktus valley, Kea farm, pasar pagi dan ladang strawberry AlMashor dan macam-macam lagi. Jam 1.00 petang kami bertolak turun mengikut jalan tapah dan singgah di Bharat Tea serta air terjun Lata Iskandar. Dalam perjalanan pulang yang kedengaran hanyalah deruman bunyi van Zul, yang lain-lain lenaaaaa ....zzzzzzzz

Kepada Pustaka ADAR, khususnya Tn Hj Ahmad Dasuki dan Tn Hj Mahmod kami mengucapkan jutaan terima kasih. Sesungguhnya, percutian ini amat menarik dan memberi seribu makna...terima kasih daun keladi, mudah-mudahan tahun hadapan ada lagi............Terima kasih semua,.