Jumaat, 19 Ogos 2011

Jalur Gemilang di kedai buku...

Sempena bulan Kemerdekaan, Kedai Buku SK BSB turut sibuk menghias premis dengan Jalur Gemilang. Semuga ialah menanamkan semangat Jati Diri dan patriotik yang tinggi pada para pelajar dan kedaibuku sendiri khususnya.


Di dalam kedai buku, anak-anak sibuk membeli
kertas warna untuk aktiviti membuat jalur gemilang

Jangan salah pilih warna ya, dik...
Nanti jadi jalur harimau pulak... he, he...

Tengok tu, sekali imbas dah macam gaya
Superman terbang ambik kertas warna...

Jangan rebut-rebut... Insya Allah,
kertas warna tu cukup untuk semua..


Di luar kedai buku pula dengan pertolongan En. Aziz, kami hiasi dengan menggantung bendera-bendera negeri dan jalur gemilang.


Berhati-hati yer, En Aziz....

En Aziz paling banyak dan sentiasa membantu...

" Dah-dah, jangan banyak cakap...
Tengok ini, lurus tak aku tarik..."

" Baik-baik yer, jangan terpaku tangan..
Raya tak lama lagi.."

Inilah langsir baru raya kami...



SELAMAT MENYAMBUT
HARI MERDEKA...




Jumaat, 12 Ogos 2011

Jualan Kad Hari Raya 1432H/2011


Sempena menjelang hari Raya tidak lama lagi, kedai buku SK BSB mula menjual kad-kad ucapan Selamat Hari Raya. Pelbagai bentuk, saiz, rupa dan warna tersedia untuk dijual.

Ada gambar kartun, formal, Islamik, abstrak..

Kad Hari Raya terbaru. 2 dalam 1.
Luarnya kad Hari Raya tapi dalamnya
mengandungi cerita-cerita para Nabi dan Rasul

Sibuk memilih kad hari raya...

Anak-anak tahun satu pun bersemangat untuk membeli kad hari Raya.
Tak kisahlah, pandai tulis atau tidak yg penting niat kita,kan...
Untuk menyampaikan salam ucapan dan menggeratkan silaturrahim..

Cantik gambar, manis tulisan...
Itulah pilihan kami...

Bagi yg kreatif pulak, mereka beli bahan-bahan di kedai buku
dan cipta kad Hari Raya sendiri... Tahniah atas usha anda

Senyummmm..emmm manis lagi


Pada semua, kedaibuku SK BSB mengucapkan ;

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN







Rabu, 3 Ogos 2011

Mesyuarat Penyelia Kedai dan pihak pengurusan

Mesyuarat Penyelia-penyelia kedai , staff sokongan dengan pihak pengurusan telah diadakan pada 28 July, 2011, jam 8.15 malam di Conference Room, Jam's Kicthen Restaurant, Rawang.

Mesyuarat dipengerusi oleh Tn Hj Ahmad Dasuki b Hj Abd Raos selaku tuan pengusaha kedai buku sekolah juga merangkap pengurus Pustaka ADAR. Turut hadir Tuan Hj Mahmud Hj M. Ali pengusaha bersama, En Syamsul, En Zull, Pn Umi, Cik Nurul dan Cik Ain dari pehak pentadbiran dan pengurusan. Penyelia-penyelia kedai buku pula diwakili oleh Pn Liza SKS, Pn Ina dan Pn Hafizah SK TBR, Pn Painah SK SB, Pn Rosmawati SK BSB dan Pn Suraya SK Bkt S'tosa.
Pelbagai perkara, masalah, cadangan
dan perancangan dibentang dan dibincangkan.

Bertanya

Memberi pendapat

Fokus

Serius

Tegas

Mesra

Pn Umi selaku Setiusaha mencatat minit mesyuarat


Mendengar dan mencatat

Bincang bersama

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 mlm. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput ke jamuan ringan di bilik rehat restaurant. Sebelum pulang, Tn Hj Mahmod telah sudi membelanja kami semua makan di Suraya Seafood Restaurant. Nak tahu, kami makan apa ? lihat gambar di atas. Terima kasih banyak-banyak pada Tn Hj Ahmad Dasuki Hj Abd Raos, Tn Hj Mahmud M. Ali dan semua yang sudi hadir pada malam tersebut. Semuga Pustaka ADAR terus maju di masa-masa hadapan, aminnn...



Foto ehsan;
Cik Ain Nadhira Ahmad Dasuki