Rabu, 3 Ogos 2011

Mesyuarat Penyelia Kedai dan pihak pengurusan

Mesyuarat Penyelia-penyelia kedai , staff sokongan dengan pihak pengurusan telah diadakan pada 28 July, 2011, jam 8.15 malam di Conference Room, Jam's Kicthen Restaurant, Rawang.

Mesyuarat dipengerusi oleh Tn Hj Ahmad Dasuki b Hj Abd Raos selaku tuan pengusaha kedai buku sekolah juga merangkap pengurus Pustaka ADAR. Turut hadir Tuan Hj Mahmud Hj M. Ali pengusaha bersama, En Syamsul, En Zull, Pn Umi, Cik Nurul dan Cik Ain dari pehak pentadbiran dan pengurusan. Penyelia-penyelia kedai buku pula diwakili oleh Pn Liza SKS, Pn Ina dan Pn Hafizah SK TBR, Pn Painah SK SB, Pn Rosmawati SK BSB dan Pn Suraya SK Bkt S'tosa.
Pelbagai perkara, masalah, cadangan
dan perancangan dibentang dan dibincangkan.

Bertanya

Memberi pendapat

Fokus

Serius

Tegas

Mesra

Pn Umi selaku Setiusaha mencatat minit mesyuarat


Mendengar dan mencatat

Bincang bersama

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 mlm. Sebelum bersurai, semua hadirin dijemput ke jamuan ringan di bilik rehat restaurant. Sebelum pulang, Tn Hj Mahmod telah sudi membelanja kami semua makan di Suraya Seafood Restaurant. Nak tahu, kami makan apa ? lihat gambar di atas. Terima kasih banyak-banyak pada Tn Hj Ahmad Dasuki Hj Abd Raos, Tn Hj Mahmud M. Ali dan semua yang sudi hadir pada malam tersebut. Semuga Pustaka ADAR terus maju di masa-masa hadapan, aminnn...



Foto ehsan;
Cik Ain Nadhira Ahmad Dasuki