Jumaat, 19 Ogos 2011

Jalur Gemilang di kedai buku...

Sempena bulan Kemerdekaan, Kedai Buku SK BSB turut sibuk menghias premis dengan Jalur Gemilang. Semuga ialah menanamkan semangat Jati Diri dan patriotik yang tinggi pada para pelajar dan kedaibuku sendiri khususnya.


Di dalam kedai buku, anak-anak sibuk membeli
kertas warna untuk aktiviti membuat jalur gemilang

Jangan salah pilih warna ya, dik...
Nanti jadi jalur harimau pulak... he, he...

Tengok tu, sekali imbas dah macam gaya
Superman terbang ambik kertas warna...

Jangan rebut-rebut... Insya Allah,
kertas warna tu cukup untuk semua..


Di luar kedai buku pula dengan pertolongan En. Aziz, kami hiasi dengan menggantung bendera-bendera negeri dan jalur gemilang.


Berhati-hati yer, En Aziz....

En Aziz paling banyak dan sentiasa membantu...

" Dah-dah, jangan banyak cakap...
Tengok ini, lurus tak aku tarik..."

" Baik-baik yer, jangan terpaku tangan..
Raya tak lama lagi.."

Inilah langsir baru raya kami...



SELAMAT MENYAMBUT
HARI MERDEKA...